Hati...'gelombang biru'

Hati sekurangnya-kurangnya ada tiga jenis..hati mati..hati keras.. hati lembut. Mereka yang hatinya telah mati perlu dihidupkan kembali, mereka ini biasanya tidak sukakan ilmu..tidak sukakan majlis ilmu, tidak suka membaca dan tidak suka berfikir.. hati mereka tidak suka kepada semua itu.. mereka seperti ini biasanya juga 'pekak dan bisu' serta 'buta' ..mereka tidak nampak akan kebenaran biarpun kebenaran ada di depan mata.. mereka banyak bermain dengan logik dan emosi..
Mereka yang hatinya keras.. sekeras hatinya Umar.. lembutkan dengan 'Toha', sejukkan dengan DUIT (Doa, Usaha, Istiqomah, Tawakkal)..mereka ini mencari-cari hala tuju..mencari dahan untuk bergantung,, mencari rimbun untuk berteduh.. bila bertemu dia kasar ..ganas, bengis , bila dah ketemu .. dia manis, dia menangis, dia merintih... selembut hatinya Syaidina Umar.

Tuesday, July 6, 2010

RASA HIDUP NYATA BERTUHAN

Seringkali persoalan yang dilontarkan adalah tentang mengapa doa yang seringkali tidak dimakbulkan sedangkan Allah berjanji akan memakbulkan semua doa hambaNya kepadaNya. Juga persoalan mengapa sabar dan solat tidak mampu menjadi penolong hidup seorang hamba serta mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

Saya ingin membawa saudara semua untuk menghayati cuma satu hal yang sebenarnya cukup sederhana di dalam kita menyedari masalah utama di dalam persoalan di atas. Hal ini ialah tentang mengenal dan merasai diri sendiri.

Saudara,
Seringkali kita sekadar tahu dan kenal diri tetapi kita tidak merasakan kedudukan diri kita terhadap Allah SWT. Mari kita lihat beberapa contoh.Ketika kita bercakap dengan pasangan kita, kita bukan sekadar tahu dan kenal kita ini siapa tetapi kita juga meRASAkan kedudukan siapa kita.

Seorang suami, tanpa perlu berkata dia suami kepada isterinya pun tetap merasai dirinya seorang suami dengan NYATA dan JELAS ketika bercakap dengan isterinya.Begitu juga dengan seorang isteri, tidak perlu berkata di dalam hati bahawa dia adalah isteri kepada suaminya pun, dia tetap merasai dengan NYATA dan JELAS bahawa dia adalah seorang isteri.

Seorang anak yang bercakap dengan ibu atau ayahnya pasti akan berasa dengan JELAS dan NYATA bahawa dia merupakan seorang anak. Seorang ayah atau ibu juga berasa dengan JELAS dan NYATA bahawa dia merupakan ayah atau ibu kepada anaknya itu.

Semua rasa ini JELAS dan NYATA walau kita pergi ke mana dan bila-bila masa pun. Walau dalam apa jua keadaan pun kita tetap terus merasakannya dengan JELAS dan NYATA.

Cuba saudara sekarang ini diam sebentar dan hadirkan wajah pasangan, anak-anak, ibu atau ayah dan kawan-kawan….kemudian rasakan siapa saudara dengan mereka. Nyata dan jelas rasanya siapa saudara dengan mereka bukan?

Saudara, Rasa kedudukan siapa kita ini bukan sekadar tahu dan sedar. Ia cukup JELAS DAN NYATA. Ia dirasai tanpa bahasa atau pun tulisan untuk menjelaskan rasa itu.

Ia bukan sekadar yakin malah sangat yakin sehinggakan jika diletakkan pisau di leher kita pun, kita tetap akan mempertahakan keyakinan bahawa diri kita ini suami, isteri, anak, ibu atau ayah atau sesiapa sahaja di dalam hidup kita ini kerana kita MERASAI dengan YAKIN dan JELAS siapa kita.

Nah! sekarang ini cuba kita rasakan kedudukan kita dengan Allah SWT. Kita tahu dan sedar bahawa kita ini hambaNya yang memerlukanNya. Namun sejauh mana, senyata mana, sejelas mana rasa kehambaan kita ini terhadap Allah SWT?

Sejauh mana ketika kita berdoa, kita berasa yang kita hambaNya dan memerlukanNya sepenuhnya. Senyata mana rasa yang kita ini adalah hanya hambaNya yang tidak ada apa-apanya yang sangat-sangat mengharap pada Allah SWT. Sejelas mana rasa yakin kita terhadap Allah SWT di dalam memakbulkan segala apa yang kita doakan.

Begitu juga di dalam solat. Kita bersolat hanyalah jasad di mana kesedaran kita entah ke mana. Kita ini hilang terawang-awangan sibuk mengakses data yang tersimpan di otak kita. Kita berada di dalam keadaan minda bawah sedar…lalai…khayal…khusyuk yang bukan ke Allah tapi kepada kenangan lampau.

Kita yang sebenar TIDAK BERASA pulang ke Allah. Kita yang sebenar tidak bertemu dengan Allah SWT. Lalu bagaimana mungkin solat mampu menjadi penolong kita untuk mencegah perkara keji dan mungkar.

Saudara,Yang utama adalah kita kenal siapa kita, kenal Allah lalu bertemulah dengan Allah SWT. Tidak kenal kita ini siapa, bimbang jika yang bertemu itu bukan kita tetapi hanya jasad dan kita terlencong entah ke mana.

Diam….benar-benar sedar akan Allah SWT…lalu memohonlah dengan penuh kesungguhan dan keyakinan pada Allah SWT.

Begitu juga di dalam solat, tenang dalam setiap gerakan…satu persatu..benar-benar merasai ketika kita melaksanakan rukun solat…rendahkan hati….rasakan dengan jelas dan nyata kita ini hanya hambaNya…kemudian bacalah dengan penuh rendah hati bacaan-bacaan solat. Ringkasnya…sambung jiwa (diri) ke Allah…kemudian barulah gerakan.

Semoga kita yang sebenarnya sentiasa sedar akan Allah SWT…sentiasa bersambung dengan Allah SWT…rasa dengan NYATA dan JELAS yang kita ini hidup berTuhankan Allah SWT…tiada tuhan selain Allah SWT….pasti kita akan menjadi insan yang berserah hanya untuk Allah SWT. Allah SWT akan tuntun kita, akan ajarkan kita dan akan makbulkan segala permohonan kita. Pasti.

[note] Saudara pasti pernah menonton filem “Freaky Friday” di mana seorang ibu dan seorang anak bertukar jasad. Walaupun jasadnya berbeza mereka tetap merasai dengan JELAS DAN NYATA siapa diri mereka sebenar.

Saturday, August 1, 2009


Monday, October 20, 2008

YAUMAL HISAB



Bila sampai Yaumal Hisab

Tidak ada seorang yang berkata

Semua bisu kelu belaka

Gementar seluruh badan

Bergelombang seluruh jiwa

Bak lautan samudera

Kecuali siapa yang diizinkan oleh Tuhan



Allah berfirman di waktu itu

Siapa berkuasa sekarang?

Bertambah lagi badan terketar

Jiwa bergelora

Tidak tentu hala

Lebih-lebih lagi

kaisar-kaisar,

raja-raja,

diktator-diktator dunia



Bertambah kecut perutnya

Tidak terangkat anak mata

Sedangkan di waktu yang sama

Matahari di ubun-ubun kepala



Ketatnya Mahsyar

Jarum jatuh tidak jelus ke tanah

Berpuluh-puluh tahun terbiar

Macam cacing kepanasan

Ingatlah hari yang akan terjadi ini

Wahai insan

Kita akan menempuhnya

Walau kita raja besar dunia

Apakah kita mahu lalai?



Thursday, October 16, 2008


Tuesday, March 11, 2008

Ya Rabb.......

Munajat....


"Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadamu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadamu yang menyampaikan kami ke syurgamu, dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia."

"Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami. Dan janganlah engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya kami dan tidak sampai batasan ilmu kami. Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."

"Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungan dengan nur kesucian engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik."

"Wahai tuhan kami, engkaulah penolong kami, maka kepada engkau kami mohon pertolongan. Wahai tuhan kami, engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada engkaulah kami pohon selamat. Wahai tuhan bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia." "Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksamu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat.

Tiada tuhan bagi kami melainkan engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan kesucian engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari engkau wahai tuhan yang maha pemurah."

"Wahai Tuhan sama ada engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untukNabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancangan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri , dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi,

Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungan dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu.""Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungan kami NabiMuhammad S.A.W yang dengannya dapat mengubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian."